Sunday, February 6, 2011

PERISTIWA BERULANG SEMULA


Begini la keadaan tempat lepak saya ketika boring..kini tenggelam sudah..


Banjir telah meneggelam bandar Segamat yang ku cintai


Semua kereta tenggelam peh banjir kali ini lagi dahsyat...dahsyat...2 x


Segamat dari pandangan atas ...Mana rumahku ...

BAKTISIWA DI SMK CHIKU II , GUA MUSANG


Pengalaman saya apabila dapat bergambar kenangan dengan Dato` Razeilgh Hamzah semasa menjalankan program Baktisiswa di Gua Musang.

Saya rasa sungguh gembira menyertai baktisiwa ini kerana ia merupakan pengalaman pertama sayapergi ke Kelantan dan tinggal bersama dengan keluarga angkat.Pada mulanya, saya rasa takut pun ada..hehehe..tetapi lama kelamaan rasa bahgia pula bila dilayan seperti menatang minyak yang penuh..Peribahasa la pulak...Setelah lama berada di sana pada hari keduanya saya dan kawan yang lain menjalankan program motivasi di SMK Chiku II.Kenangan ini sungguh indah.

Saturday, February 5, 2011

MINGGU SUAI KENAL INTAKE DISEMBER 2010 / 2011

Gelagat saya ketika menunggu pelajar sabah & sarawak di KLIA

Bermula 17-30  Disember 2011 saya telah mendaftar satu lagi aktiviti di universiti untuk mengisi cuti saya yang mana saya telah join minggu suai kenal pengambilan disember 2010/2011.Saya telah mendaftarkan diri pada 17 haribulan di cafĂ© KZ.Ini merupakan pengalaman pertama saya walaupun sudah semester empat.Selepas pendaftaran saya telah meminta kebenaran untuk  keluar  pada 18-19 haribulan disember untuk menjayakan program bersama masyarakat orang asli di pos Ulu Jernang.Jadi saya telah ketinggalan bagi satu aktiviti suai kenal bersama semua fasilitator.Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan saya berasa janggal untuk bekerjasama dengan mereka yang saya tidak kenali .Tetapi perasaan itu berjaya saya singkirkan apabila melalui bengkel-bengkel yang dijalankan pada hari seterusnya.Apabila melalui bengkel tersebut saya mula mengenali pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini.Hal ini sedikit sebanyak menarik minat saya dan secara tidak langsung mampu menguatkan lagi kemahiran berinteraksi saya dengan orang lain.Justeru ianya sangat penting untuk seorang kaunselor.


Saya telah memohon untuk menjadi sekretariat pendaftaran dan LDK.Kenapa saya memilih untuk menjadi sekretariat tersebut hal ini tak lain tak bukan kerana kos yang saya ambil dan pelajari ini iaitu Pendidikan Bimbingan & Kaunseling.Apa yang menariknya kaunseling ini sangat meluas jadi saya telah membuka saya untuk melihat gelagat manusia melalui tingkahlaku.Jadi untuk melihat tingkahlaku mereka saya tidak teragak-agak untuk menjadi sekretariat pendaftaran.Semasa sesi pendaftaran berlaku pelbagai gelagat yang dapat saya perhatikan ada yang datang sendiri ada yang keluarga ikut sampai naik ke kolej.Ada yang menangis,ada yang gelisah, ada yang baran dan keletihan.Selain itu juga, saya berminat untuk memilih sekretariat pendaftaran untuk menambahkan lagi kemahiran berinteraksi, non- verbal dan verbal saya agar dapat saya pratikkan pada masa akan datang.Walaupun ada yang melemparkan tanggapan saya melakukan sedemikian untuk mengurat " awek " ada ke patut ! tapi kalau ngurat apa salahnya..

Keletihan di saat menunggu ketibaan pelajar baru...Nasib......badan

Pada sesiapa yang berminat untuk menjadi sekretariat dialu-alukan memang baik untuk kemahiran komunikasi.Sempat lagi promosi.





MY EXPERIENCES AS STUDENT UPSI


PENGALAMAN BERSAMA KAUNSELOR DI SMK SAINS SERI PUTERI


 Gambar kenangan bersama kaunselor SMK Sains Seri Puteri

Semasa di semester dua , saya telah mengambil subjek kemahiran asas kaunseling yang mana semua pelajar dikehendaki menjadi kaunselor dan klien.Hal ini merupakan cabaran kepada saya untuk menjadi kaunselor kelak.Tetapi untuk menjadi seorang kaunselor kita kena berani menghadapi risiko walaupun berat untuk kita hadapi.Itulah tugas kaunselor..

Saya telah mengambil langkah yang drastik apabila mencari klien di kalangan budak sekolah kerana saya ingin merasai pengalaman itu sendiri.Walaupun saya masih mentah untuk berbincang dengan pihak luar tetapi dengan keyakinan untuk menjadi seorang kaunselor saya beranikan diri untuk mengadakan perbincangan dengan kaunselor di sebuah sekolah yang elit di Kuala Lumpur iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Seri Puteri.Alhamdulilah hasil perbincangan itu saya telah mendapat khabar gembira yang mana kaunselornya mengizinkan saya membuat sesi dengan pelajarnya.Pelajar itu merupakan klien yang dirujuk ini menyebabkan hati dan perasaan saya berkobar-kobar bercampur dengan berdebar-debar.Walaupun begitu saya membuangkan segala perasaan tersebut dan memberikan sepenuh tumpuan kepada sesi kaunseling yang akan dijalankan.

Semasa sesi dijalankan klien itu telah mengalami pergolakan di “BELIEF SYSTEM” yang mana dia telah menangis dan menyebabkan proses kaunseling sedikit terganggu.Tetapi sebagai seorang kaunselor penerimaan tanpa syarat perlu sentiasa ada dan saya membenarkan klien menenangkan diri sebelum sesi kaunseling ini diteruskan semula..Akhirnya sesi berjaya dilakukan sehingga tamat.Alangkah gembiranya perasaan ini apabila suatu amanah yang diberikan dapat digalas dengan sempurna.Klien itu juga melahirkan sedikit kelegaan apabila meluahkan segala peristiwa yang terpendamnya.Pengalaman ini telah menguatkan lagi diri saya untuk menjadi seorang kaunselor..Kaunselor merupakan satu pekerjaan yang sangat murni .Saya akan meneruskan kerjaya ini..Syabas untuk kaunselor..

INFO TERKINI!!!!

Pembuangan bayi adalah satu jenayah. ia terjadi akibat kehamilan tidak diingini. ramai remaja yang mengandung di luar nikah terpaksa membuang bayi mereka terdesak, akibat malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung. lihat kehamilan remaja.

MENGAPA TERJADINYA PEMBUANGAN BAYI?

Bayi dibuang kerana:
Kehamilan yang tidak diingini
Perhubungan seks rambang dan luar nikah

APAKAH KESAN PEMBUANGAN BAYI?

Kesan dari sudut:

PERUBATAN

o   Kadar kematian bayi yang lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak
o   sempurna
o   Kesihatan ibu yang terjejas akibat:
·         Kehilangan darah
·         Jangkitan kuman
·         Kecederaan sewaktu bersalin
o   Psikologi dan sosial
o   Murung
o   Hilang keyakinan diri
o   Rasa bersalah
o   Resah atau gelisah
o   Masalah emosi dan hubungan interpersonal
o   Implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi.
o   Putus hubungan kekeluargaan dan rakan-rakan.
o    
BAGAIMANA MENGELAKKAN PEMBUANGAN BAYI?

Elakkan kehamilan jika anda belum:
o   Berkahwin
o   Bersedia membesarkan anak
o   Bersedia membina keluarga
o   Semua agama utama di Malaysia melarang seks sebelum kahwin
o    Taat kepada ajaran agama

Elakkan seks sebelum kahwin

o   Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri
o   Lindungi kesihatan dan emosi anda tanpa sekssebelum kahwin
o   Belajar berkata "Tidak, belum lagi". Anda sentiasaboleh berkata "Tidak" walaupun pernah berkata "Ya" sebelum ini. Lihat ketegasan
o   Jika pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda, dia tidak akan meminta seks sebelum kahwin
o   Ingat: badan anda adalah tanggungjawab anda. Jagalah badan anda dengan baik
o   Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah
o   Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti sukan, bersenam, aktiviti kebudayaan dan kerja-kerja sukarela

Jika anda sudah melakukan hubungan seks sebelum kahwin:

o Fikirkanlah kesan dan akibatnya dengan teliti dan mendalam
o Dapatkan bantuan jika anda hamil
o Anda boleh mengatur supaya bayi anda dijadikan anak angkat

Ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan
o Terdapat berbagai agensi yang boleh membantu anda
o Pastikan anda tahu mengenai implikasi undang-undang pembuangan dan pembunuhan bayi

DI MANA ANDA BOLEH MENDAPATKAN BANTUAN JIKA ANDA HAMIL?
Dapatkan bantuan dari:

o   Ibu bapa sekiranya anda boleh berbincang dengan mereka
o   Kaunselor sekolah
o   Guru sekolah
o   Doktor dan anggota kesihatan di klinik kesihatan atau hospital yang berdekatan
o   Pegawai kebajikan di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berdekatan

IMPLIKASI UNDANG-UNDANG PEMBUANGAN DAN PEMBUNUHAN BAYI

Di bawah Akta Kanak-kanak 2001(Child Act) - Akta 611:
o   Seksyen 17 - Anak yang dibuang akan dilindungi dan dijaga
o   Seksyen 46 - Ibu bapa boleh mendapatkan bantuan atau nasihat mengenai anak mereka yang tidak dapat dikawal dengan baik. Anak ini akan ditahan di tempat yang dibenarkan di bawah kuasa mahkamah

Di dalam rang Undang-undang Jenayah Malaysia penal code:

o   Sesiapa yang membuang bayi akan dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun

BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI DI JERNANG

Menyediakan sumbangan makanan & minuman pada masyarakat orang asli


Pada 19 dan 20 haribulan Disember saya dengan kawan-kawan yang lain telah pergi ke suatu penempatan orang asli di pos ulu Jernang.Ketika berada di sana pelbagai aktiviti yang kami lakukan antaranya adalah perlawanan persahabatan bola sepak 7 sebelah dengan masyarakat orang asli  pada sebelah petang hari pertama yang mana keputusannya kami tewas 3 – 7 .Walaupun tewas kami sangat gembira kerana dapat bersama-sama dengan masyarakat orang asli untuk merasai kehidupan bersama mereka.

Pada sebelah malam ,kami telah menayangkan filem yang memecahkan “ box office “ filem di Malaysia iaitu Adnan Sempit.Tetapi sedikit menghampakan kehadiran penduduk asli hanya tidak sampai lima orang.Hal ini telah menyebabkan kami khuatir akan sambutan masyarakat asli pada hari esoknya.Ternyata  tanggapan  kami benar yang mana sehingga pukul 10 pagi tidak satu pun kelibat masyarakat orang asli.Namun begitu, kami tidak berputus asa malahan ini menaikkan semangat kami untuk berusaha memanggil mereka untuk turun bersama-sama menjayakan aktiviti yang bakal kami lakukan.Akhirnya,kami mengambil inisiatif untuk pergi rumah ke rumah dengan memberikan ganjaran makanan.

Hal ini kerana, di dalam teori tingkahlaku manusia akan melakukan sesuatu perkara apabila mempunyai peneguhan ataupun ganjaran.Alangkah terkejutnya kami apabila cara itu ternyata berhasil, mereka tertarik dengan ganjaran yang kami berikan lalu mereka beramai-ramai turun untuk menjalankan aktiviti sukaneka yang kami lakukan.Pelbagai aktiviti yang kami lakukan ,sehinggakan mereka tertarik dan leka untuk bermain baik peringkat umur dewasa mahupun kanak-kanak.


Hadiah yang disediakan telah Berjaya menarik minat masyarakat asli untuk bersama-sama menjalankan aktiviti bermasyarakat.Sebahagian daripada pula ditugaskan untuk memasak makanan untuk mereka.Hal ini telah mewujudkan interaksi antara kami pelajar UPSI dengan masyarakat asli yang  dikatakan kurang berinteraksi dengan dunia luar.


Gambar kenangan sebelum kami pulang ke tanah air UPSI

Pihak kami telah menyediakan makanan dan minuman untuk diagihkan kepada mereka semasa majlis penutup.Kami telah menyediakan air kotak,buah lai dan keropok.Mereka sangat gembira.Majlis semakin meriah ketika penyampaian hadiah yang mana dewan yang sebelah malam semalamnya kosong menjadi penuh sehinggakan ada berpuluh-puluh orang hanya berdiri di luar .Suasana menjadi hiruk –pikuk apabila setiap kali nama pemenang diumumkan .Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.Kenangan ini seakan menarik minat saya untuk pergi ke perkampungan orang asli untuk memahami budaya mereka dan idealisme mereka tentang dunia luar yang semakin hari semakin diterima oleh mereka.Tetapi apa yang membuat saya kecewa usaha untuk mengislamkan mereka seperti hujan jatuh ke pasir oleh pihak berwajib,Sehingga kini ramai diantara mereka yang masih lagi bahai dan kristian.Jika ada pihak yang terbaca blog saya ini tolonglah kita sama-sama mengislamkan mereka…Di mana ada kemahuan di situ ada jalan…

Kenangan terakhir saya bersama pelajar-pelajar yang lain  bersama masyarakat orang asli
Detik ini tidak akan saya lupakan walaupun ianya sudah berlalu …kenangan itu membawaku ke sana…