Menyediakan sumbangan makanan & minuman pada masyarakat orang asli |
Pada 19 dan 20 haribulan Disember saya dengan kawan-kawan yang lain telah pergi ke suatu penempatan orang asli di pos ulu Jernang.Ketika berada di sana pelbagai aktiviti yang kami lakukan antaranya adalah perlawanan persahabatan bola sepak 7 sebelah dengan masyarakat orang asli pada sebelah petang hari pertama yang mana keputusannya kami tewas 3 – 7 .Walaupun tewas kami sangat gembira kerana dapat bersama-sama dengan masyarakat orang asli untuk merasai kehidupan bersama mereka.
Pada sebelah malam ,kami telah menayangkan filem yang memecahkan “ box office “ filem di Malaysia iaitu Adnan Sempit.Tetapi sedikit menghampakan kehadiran penduduk asli hanya tidak sampai lima orang.Hal ini telah menyebabkan kami khuatir akan sambutan masyarakat asli pada hari esoknya.Ternyata tanggapan kami benar yang mana sehingga pukul 10 pagi tidak satu pun kelibat masyarakat orang asli.Namun begitu, kami tidak berputus asa malahan ini menaikkan semangat kami untuk berusaha memanggil mereka untuk turun bersama-sama menjayakan aktiviti yang bakal kami lakukan.Akhirnya,kami mengambil inisiatif untuk pergi rumah ke rumah dengan memberikan ganjaran makanan.
Hal ini kerana, di dalam teori tingkahlaku manusia akan melakukan sesuatu perkara apabila mempunyai peneguhan ataupun ganjaran.Alangkah terkejutnya kami apabila cara itu ternyata berhasil, mereka tertarik dengan ganjaran yang kami berikan lalu mereka beramai-ramai turun untuk menjalankan aktiviti sukaneka yang kami lakukan.Pelbagai aktiviti yang kami lakukan ,sehinggakan mereka tertarik dan leka untuk bermain baik peringkat umur dewasa mahupun kanak-kanak.
Hadiah yang disediakan telah Berjaya menarik minat masyarakat asli untuk bersama-sama menjalankan aktiviti bermasyarakat.Sebahagian daripada pula ditugaskan untuk memasak makanan untuk mereka.Hal ini telah mewujudkan interaksi antara kami pelajar UPSI dengan masyarakat asli yang dikatakan kurang berinteraksi dengan dunia luar.
Gambar kenangan sebelum kami pulang ke tanah air UPSI |
Pihak kami telah menyediakan makanan dan minuman untuk diagihkan kepada mereka semasa majlis penutup.Kami telah menyediakan air kotak,buah lai dan keropok.Mereka sangat gembira.Majlis semakin meriah ketika penyampaian hadiah yang mana dewan yang sebelah malam semalamnya kosong menjadi penuh sehinggakan ada berpuluh-puluh orang hanya berdiri di luar .Suasana menjadi hiruk –pikuk apabila setiap kali nama pemenang diumumkan .Inilah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.Kenangan ini seakan menarik minat saya untuk pergi ke perkampungan orang asli untuk memahami budaya mereka dan idealisme mereka tentang dunia luar yang semakin hari semakin diterima oleh mereka.Tetapi apa yang membuat saya kecewa usaha untuk mengislamkan mereka seperti hujan jatuh ke pasir oleh pihak berwajib,Sehingga kini ramai diantara mereka yang masih lagi bahai dan kristian.Jika ada pihak yang terbaca blog saya ini tolonglah kita sama-sama mengislamkan mereka…Di mana ada kemahuan di situ ada jalan…
Kenangan terakhir saya bersama pelajar-pelajar yang lain bersama masyarakat orang asli
Detik ini tidak akan saya lupakan walaupun ianya sudah berlalu …kenangan itu membawaku ke sana…
No comments:
Post a Comment