Gelagat saya ketika menunggu pelajar sabah & sarawak di KLIA
Bermula 17-30 Disember 2011 saya telah mendaftar satu lagi aktiviti di universiti untuk mengisi cuti saya yang mana saya telah join minggu suai kenal pengambilan disember 2010/2011.Saya telah mendaftarkan diri pada 17 haribulan di café KZ.Ini merupakan pengalaman pertama saya walaupun sudah semester empat.Selepas pendaftaran saya telah meminta kebenaran untuk keluar pada 18-19 haribulan disember untuk menjayakan program bersama masyarakat orang asli di pos Ulu Jernang.Jadi saya telah ketinggalan bagi satu aktiviti suai kenal bersama semua fasilitator.Hal ini sedikit sebanyak menyebabkan saya berasa janggal untuk bekerjasama dengan mereka yang saya tidak kenali .Tetapi perasaan itu berjaya saya singkirkan apabila melalui bengkel-bengkel yang dijalankan pada hari seterusnya.Apabila melalui bengkel tersebut saya mula mengenali pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini.Hal ini sedikit sebanyak menarik minat saya dan secara tidak langsung mampu menguatkan lagi kemahiran berinteraksi saya dengan orang lain.Justeru ianya sangat penting untuk seorang kaunselor.
Saya telah memohon untuk menjadi sekretariat pendaftaran dan LDK.Kenapa saya memilih untuk menjadi sekretariat tersebut hal ini tak lain tak bukan kerana kos yang saya ambil dan pelajari ini iaitu Pendidikan Bimbingan & Kaunseling.Apa yang menariknya kaunseling ini sangat meluas jadi saya telah membuka saya untuk melihat gelagat manusia melalui tingkahlaku.Jadi untuk melihat tingkahlaku mereka saya tidak teragak-agak untuk menjadi sekretariat pendaftaran.Semasa sesi pendaftaran berlaku pelbagai gelagat yang dapat saya perhatikan ada yang datang sendiri ada yang keluarga ikut sampai naik ke kolej.Ada yang menangis,ada yang gelisah, ada yang baran dan keletihan.Selain itu juga, saya berminat untuk memilih sekretariat pendaftaran untuk menambahkan lagi kemahiran berinteraksi, non- verbal dan verbal saya agar dapat saya pratikkan pada masa akan datang.Walaupun ada yang melemparkan tanggapan saya melakukan sedemikian untuk mengurat " awek " ada ke patut ! tapi kalau ngurat apa salahnya..
Keletihan di saat menunggu ketibaan pelajar baru...Nasib......badan
Pada sesiapa yang berminat untuk menjadi sekretariat dialu-alukan memang baik untuk kemahiran komunikasi.Sempat lagi promosi.
No comments:
Post a Comment