Gambar kenangan bersama kaunselor SMK Sains Seri Puteri
Semasa di semester dua , saya telah mengambil subjek kemahiran asas kaunseling yang mana semua pelajar dikehendaki menjadi kaunselor dan klien.Hal ini merupakan cabaran kepada saya untuk menjadi kaunselor kelak.Tetapi untuk menjadi seorang kaunselor kita kena berani menghadapi risiko walaupun berat untuk kita hadapi.Itulah tugas kaunselor..
Saya telah mengambil langkah yang drastik apabila mencari klien di kalangan budak sekolah kerana saya ingin merasai pengalaman itu sendiri.Walaupun saya masih mentah untuk berbincang dengan pihak luar tetapi dengan keyakinan untuk menjadi seorang kaunselor saya beranikan diri untuk mengadakan perbincangan dengan kaunselor di sebuah sekolah yang elit di Kuala Lumpur iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Sains Seri Puteri.Alhamdulilah hasil perbincangan itu saya telah mendapat khabar gembira yang mana kaunselornya mengizinkan saya membuat sesi dengan pelajarnya.Pelajar itu merupakan klien yang dirujuk ini menyebabkan hati dan perasaan saya berkobar-kobar bercampur dengan berdebar-debar.Walaupun begitu saya membuangkan segala perasaan tersebut dan memberikan sepenuh tumpuan kepada sesi kaunseling yang akan dijalankan.
Semasa sesi dijalankan klien itu telah mengalami pergolakan di “BELIEF SYSTEM” yang mana dia telah menangis dan menyebabkan proses kaunseling sedikit terganggu.Tetapi sebagai seorang kaunselor penerimaan tanpa syarat perlu sentiasa ada dan saya membenarkan klien menenangkan diri sebelum sesi kaunseling ini diteruskan semula..Akhirnya sesi berjaya dilakukan sehingga tamat.Alangkah gembiranya perasaan ini apabila suatu amanah yang diberikan dapat digalas dengan sempurna.Klien itu juga melahirkan sedikit kelegaan apabila meluahkan segala peristiwa yang terpendamnya.Pengalaman ini telah menguatkan lagi diri saya untuk menjadi seorang kaunselor..Kaunselor merupakan satu pekerjaan yang sangat murni .Saya akan meneruskan kerjaya ini..Syabas untuk kaunselor..
No comments:
Post a Comment